Followers

Sunday 21 December 2014

Di Kau Yang Syahid #Part1

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Ini kisah aku coretkan untuk sahabat aku yang bernama Fatimah Binti Jeffri . Sesiapa yang mengenali beliau dengan lebih rapat belaiu seorang yang sangat ceria dan peramah . Beliau seorang yang sangat baik hatinya , tapi apakan daya . Allah lebih menyayangi beliau . Beliau seorang pemakai purdah pada pengakhiran tahun 2013 . Sungguh aku teruja di saat aku melihat pertama kali kau memakai purdah . Aku berdoa di dalam hati moga kau istiqamah dalam pemakaiaan ini . Inysa-Allah . 

Tapi apakan daya kudrat manusia yang lemah ini pasti menemui  ajal nya tidak kira masa , tempat dan waktu .


17082014 /  Ahad
"Alhamdulillah ummi , team kakcik dapat menang 3game hari ni  :)" - Pesanan ringkas aku pada ummi bagi mengkhabarkan yang kemenangan yang tidak seberapa kerana aku menyertai pertandigan debat antara sekolah-sekolah di International Islamic University Malaysia (IIUM) .

"Alhamdulillah , anakku kalah menang adalah adat perjuangan . Tetapi kita nak menang di atas jalan kebenaran dengan masuk syurga Allah . Fatimah nak kena masuk ICU , jangkitan kuman" - Ummi membalas pesanan ringkas dengan memberi sedikit peringatan dan pengkhabaran yang mengejutkan aku .

Aku sedikit sejuk dan tangan ku menggeletar sedikit disebabkan berita yang aku baru terima itu tidak dihadam dan difahamkan dengan baik oleh otak . 

....................................................................

Aku dapat mengimbangi segala maklumat yang diberikan dengan baik , tetapi aku diamkan . Ummi ada hantar pesanan ringkas yang kuman telah merebak dengan pantas ke bahagian organ-organ penting ; jantung , paru-paru . Dan bp (mngkin tekanan darah) turun . Fatimah juga diberi alat bantuan pernafasan bagi memudahkan beliau bernafas . Beliau yang sebelum itu ditempatkan di wad kenanga ditempatkan ke ICU bagi memudahkan kerja doktor . Saat itu hanya tuhan saja yang tahu betapa negatifnya pemikiran aku . Adakah Fatimah akan masih wujud di esok hari . Istighfar . Astghfirullah . Ya Allah , ajal maut itu semunya perancangan-Mu . 

Aku terimbas kembali disaat bagaimana beliau boleh ditempatkan di hospital ....

Ketika itu baru saja selesai bertadarus bersama keluarga aku di ruangan tamu lebih kurang pukul 6 ke 7 pagi pada 2 Syawal 1435 . Ayah aku membaca pesanan ringkas yang baru saja diterima olehnya . 'Fatimah ditahan di Hosp. Sultanah Bahiyah semenjak 12 malam semalam.' . Allahu , aku yang mendengar tika itu tersentap buat seketika . Aku bertimbang-timbang untuk memberitahu  ataupun tidak khabar itu kepada seluruh kawan-kawan . Akhirnya aku membuat keputusan untuk beritahu kepada Afiqah saja . Itu pun telah aku beri amaran kepada Afiqah agar tidak memberitahu kepada yang lain agar berita ini sahih . 

Dalam beberapa jam selepas itu , senior aku , kak Puteri , mengkhabarkan bahawa memang benar Fatimah di masukkan ke hosp. Sultanah Bahiyah . Aku dengan pantas menggunakan telefon pintar memberikan maklumat kepada seluruh kawan-kawan ku , junior dan guru . 

Pagi itu , perancangan umi dan ayah ingin menghadiri majlis pernikah kak Hidayat sekaligus menziarahi Fatimah di Hosp. Sultanah Bahiyah . Aku tak ikut serta disebabkan aku tidak mengetahui . Hari keempat Fatimah di tempatkan di Hosp. baru aku diberi kesempatan untuk menziarahi beliau . Aku pergi bersama umi . Sungguh saat kaki ku melangkah ke wad yang ditempatkan Fatimah , hatiku semakin berdebar , semakin hampir , semakin laju degupan jantung ini . Tapi aku kuatkan hati dan berdoa kepada-Nya agar Fatimah kuat menghadapi cabaran yang diberi oleh Al-Khaliq .

Tika kaki ku sampai di bilik yang menempatkan Fatimah , aku terkedu . Orang pertama yang aku lihat pada saat itu ada lah , abang beliau , Ali , yang sentiasa menemani Fatimah dari hari pertama beliau dimasukkan sehingga ke akhirnya . Ali memanggil aku untuk masuk melihat Fatimah . Aku ikutkan . Kini aku berada di sisi Fatimah . Pada waktu itu , Doktor sedang mengambil darah dan aku pegang tangan Fatimah . Ya Allah , sejuknya tangan Fatimah . Fatimah memarahi doktor tersebut "Ish sampai hati hampa buat aku macam ni . Nanti la hampa , Allah akan balas balik" . Aku memberi sedekit kata semangat , "Fatimah , sabar sat naah . Fatimah kuatkan kan ? Sabar ye ." Sebaik saja doktor mengambil darah , beliau kembali tenang dengan mengambil posisi yang lebih selesa berbanding tadi .

Ali memulakan perbualan . "Fatimah , kawan timah mai ni . Nampak tak ?" Fatimah menjawab "Nampak..." Sambil tersenyum kearah ku . Aku mula mendekati Fatimah dengan lebih dekat . Ali memberi ruang kepada ku . Ali bertanya kan nama ku . "Kenai Wan Aqilah dak ?" "Kenai la ." Fatimah memberi respond yang bagi aku cukup bermakna . Paling kurang pun beliau masih mengingati aku . Dia menghulurkan tangannya , aku melihat Ali . Ali mengangguk . Aku memegang tangan Fatimah . Ya Allah saat ini betapa runtunnya hati aku melihat Fatimah dalam keadaan yang sedemikian rupa . Bak kata pepatah 'berat mata memandang , berat lagi bahu memikul' . Fatimah pusing menghadap aku . "Hurm , comei , comei , comei ." Fatimah memuji aku sambil tersenyum . Aku tersenyum . Genggaman yang terpaut semakin lama semakin kuat . Sukar untuk dilepaskan . Setelah bersembang itu dan ini , masa untuk aku pulang pun tiba . "Fatimah , kami nak kena balik dah ni . Nanti kita jumpa len nooh ". Sedih . Tangan yang dijabat dilepaskan . Kemudian Fatimah mendepakan kedua-dua tangannya keatas . "Fatimah nak peluk ka ?" - Ali bertanya . Fatimah mengangguk . Aku membongkok sedikit agar dapat aku peluk Fatimah . Sungguh betapa eratnya beliau memeluk aku . Dalam pelukan tu , aku memberi kata-kata peransang buat Fatimah agar kuat dan sentiasa mengingati Allah . Fatimah menangis . Aku tahankan air mata ini dari tumpah . Allahu . Sunggu kau sangat kuat Fatimah mengharungi ujian yang sedemikian . Allah pun ada berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud ; 'Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya .' 

Pelbagai cerita yang aku dengar dari sesiapa yang menziarahi . Gembira , suka , duka , semuanya ada . Hampir 2minggu Fatimah di hosp. ,  pelajar banat ting 4 akedemik dan tahfiz diberi peluang untuk menjaganya secara bergilir bagi membantu keluarga beliau . Moga kalian dirahmati . InsyaAllah . Aku diberi peluang untuk menjaga Fatimah bersama umi , A'ainul dan Hajar . Allah memudahkan sepanjang perjalanan ke hosp. . Sepanjang perjalanan , traffic light always green (acece , speaking plak) . Alhamdulillah . Kami juga boleh menjaga Fatimah secara 4orang sekali gus walaupun telah pengawal beritahu pada keluarga Fatimah bahawa yang boleh menjaganya hanya dua orang sahaja . Tapi , kuasa Allah tiada sesiapa pun dapat menandingi . Semuanya berjalan dengan lancar . Syukur pada-Mu . 

Menjaga orang sakit tidak semudah yang aku fikirkan . Fatimah tidak tidur walaupun malam sudah pun jauh . Sepanjang penjagaannya tidak sukar , cuma yang memenatkannya ialah , aku , Ainul dan Hajar sebagai manusia biasa dan esok nya akan kesekolah pasti inginkan tidur . Kami terpaksa bergilir menjaga Fatimah . Kami bersembang , mengaji , menyanyi , sehinggalah kami tidak tahan akhirnya kami tertidur dan membiarkan Fatimah berjaga seorang . Umi pada waktu itu lebih menumpukan pesakit yang berada di hadapan Fatimah yang semakin nazak . Cuma hanya sesekali saja umi datang melihat kami . Sewaktu kami tertidur itu , umi mengambil alih . Pukul 12 ke 1 pagi , Fatimah mulai menguap dan akhirnya terlelap . 1.15pagi aku terjaga dari tidur dan melihatkan umi sedang membaca surah Al-Fatihah dan al-Insyirah di sisi Fatimah agar lebih tenang .

Apabila umi menyedari aku telah bangun  , umi menyuruh aku menyambung perbuatan nya iaitu membaca surah al-fatihah dan al-insyirah kerana umi ingin membantu pesakit yang berada di hadapan katil Fatimah yang semakin nazak . Bilik itu semakin bising , tapi tahap kebisingan masih boleh dikawal kerana jururawat dan doktor yang bertugas sibuk membantu pesakit tersebut . Pukul 2 ke 3 pagi , pesakit itu menemui penciptanya yakni Allah SWT . Selang beberapa minit kemudian Fatimah tersedar dari tidurnya mugkin tidurnya diganggu disebabkan bunyi bising . Kami bergilir-gilir menjaga Fatimah . Bila aku tidur , Hajar dan Ainul akan menjaganya , bila Hajar tidur , aku dan Ainul menjaganya , begitulah seterusnya . Sebelum azan subuh berkumandang , doktor yang bertugas pada waktu itu memeriksa keadaan Fatimah . Periksa suhu dan tekanan darah . Selesai pemeriksaan kesihatan keatas Fatimah , kami bergilir bagi menyempurnakan tanggungjawab kami sebagai hamba kepada-Nya . Ali muncul ketika aku sedang membasahkan kepala Fatimah . Umi menceritakan semua kejadiaan yang berlaku semalam pada Ali . Ali hanya mengangguk . Kami pulang ke sekolah bagi meneruskan perjalanan kami sebagai seorang pelajar .

Begitulah seterusnya , setiap hari kami bergilir menjaga Fatimah dengan orang yang berbeza-beza mengikut jadual yang telah ditetapkan . 

....................................................................

Aku diberi peluang ke-2 untuk menjaga Fatimah bersama umi . Kini Fatimah dipindahkan ke wad yang hanya menempatkan 4orang didalam satu bilik . Tetapi cabaran yang kali ini agak mencabar . Kalau sewaktu kali pertama aku menjaganya dia sukar tdiur , kali ini dia sukar tidur dan ingin turun dari katil sehingga menyebabkan doktor mengikat kaki dan tangannya . Ada sesekali aku membuka ikatan pada tangan dan kaki Fatimah agar tidak kebas atau kesakitan . Secara jujurnya , perasaan aku tika itu sangat resah . Aku tak tahu kenapa . Tapi hati aku kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan keadaan Fatimah . Hanya omongan hati . Jadi aku biarkan ia berlalu begitu sahaja perasaan itu dengan mengelap tuala basah kepada badan Fatimah . Katanya gatal dan panas . mungkin kesan daripada terapi chemo yang diberikan . Sungguh badan Fatimah panas , Rambut dia pun sedikit sebanyak gugur ; salah satu kesan daripada chemo . 

Apabila subuh menjelma , aku menunaikan kewajipan aku sebagai hamba Allah di surau . Setelah selesai , aku pulang semula ke wad dan kelihatan beberapa orang jururawat sedang memandikan fatimah . Abang fatimah , Ali , datang sesudah jururawat memandikan fatimah . Aku dan umi pun bergegas pulang .

Selepas itu Fatimah ada di pindahkan ke wad yang lain yang menempatkan dia seorang sahaja disitu . Tetapi aku tak berkesempatan menziarahinya selepas itu kerana aku tinggal di asrama . Orang yang telah dijadualkan untuk menjaga Faimah dan keluar bersama kumpulan usrah sahaja dibenarkan keluar . Tambahan pula , minggu tersebut aku dan Fathenah sedang sibuk berlatih debat bersama team Debat Bahasa Melayu untuk mewakili sekolah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) , Gombak .  

Kami pun menuju ke IIUM pada hari yang berikutnya .....

Friday 31 January 2014

.. Datang , datanglah wahai syahid ...

[ce dengar dulu]

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang . Syukur kehadrat ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk diberi lagi kesempatan untuk mengisi belog yang sudah bersawang yang tak terkira . Actually , bukan x dak benda nak post tapi disebabkan ada kekangan masa and diri ini merupakan salah satu faktor menyebabkan belog ini tergendala seketika .

Back to nasyid di atas . Korang dengar dan faham kan ? 

Sumpah ! Aku rindu seseoang tapi aku  leh nak explain . Yang ada dalam bayangan hanyalah seseorang yang mempunyai jasad tapi tak diketahui wajahnya . Peliknya ~  Aku rindu seseorang . *acece* bukan rindu kekasih kepada pasangannya . Ini rindu lain lah . Hurm .. Nak kata aku rindu Rasulullah , x menepati jawapan hati aku . Sapa ek yang aku rindu tu ?

Mungkin la , aku rindu Mujahid kot . Ops , para Mujahid okey . Para mujahid yang syahid kerana membela dan menengakkan agama Islam , agama Allah . Sumpah ! Aku jealous gila dengan As-Syahid Ammar yang meniggal accident di Turkey hari tu . Aku pon nak mati syahid jugak . Tapi persoalannya adakah aku berpeluang untuk mati syahid sama seperti mana As-Syahid Imam Hasan Al-Banna yang bersusah payah menegakkan risalah nabi . Berpeluangkah aku untuk mati syahid seperti mana As-Syahid wanita pertama di dunia iaitu Sumaiyah yang disula oleh Kaum Kafir Quraisyh ?

Amalan dan perbuatan aku bukanlah hebat mana sangat pon . Biasa je . Nak kata biasa pon x tentu lagi , sebab dosa dengan Allah dan masyarakat sekeliling masih banyak lagi . Ya Allah , ampunilah aku dan seluruh dosa ummat muslim yang wujud di dunia yang fana ini . 

Sungguh ! Bila mana aku terdengar akan nasyid bintang syurga ni , keinginan aku untuk mati syahid lagi membuak- buak dan terasa terharu . Dan aku mengucapkan ribuan teima kasih yang tak terhingga kepada saudara Raqib dan kumpulan UNIC kerana telah membuat nasyid yang sebegini . 

Melihatkan zaman sekarang yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang x henti- henti kunjung menyebabkn aku terfikir lama dan panjang . Aku ada sembang dengan roomate aku , cerita pasal orang mati syahid . Yang sekarang ni tengah panas diperceritakan tentang sekumpulan pelajar perempuan yang ingin mati syahid di Yan, Kedah  di ceritakan dalam bentuk filem . Tak pasti . Aku pun tak pasti . Aku rasa sayu bila aku dengar cerita tentang tanda-tanda pelajar2 tu akan mati syahid dari roommate aku . Bulu roma aku menegak kot ! 

Aku punya perasaan ? Aku punya perasaan sekarang adalah kecenderungan untuk dapatkan syahid tu . Aku dah tak hiraukan pasal cintan - cintun ni . Kalau jodoh aku sampai , solat istikharah dan terima . Kalau jodoh aku x dak , aku nak fokuskan kepada matlamat aku yang satu ni . MATI SYAHID . 

Ya Allah , engkau Maha Pengasih lagi Maha Pemurah . Kau bantu lah diri ini untuk mati syahid seperti mana engkau telah berikan mati syahid kepada orang yang di beri peluang untuk mati syahid . Aku pon ingin merasi bagaimana manis nya mati syahid tu sendiri . Ameen .

Korang tahu kan macam mana syahid Ammar yang meninggal di Turkey tu kan ? Kalu tahu , Alhamdulillah . Kalu x tahu lagi cuba search di Google . Simple je cara dia meniggal . Ya Allah , sungguh mulianya beliau . Betullah apa yang difirmankan Allah di dalam kitab nya Al-Quran . Orang yang mati syahid itu sebenarnya tidak mati . Cubalah tengok , nama nya sentiasa disebut walaupun Ammar bukanlah orang yang dikenali oleh ramai orang . Tapi , Allah dah mengangkat darjat nya . Ini baru dunia. Kita x tahu lagi di akhirat kelak . Owh , cemburunya aku . 

Korang !! Jom mati syahid bersama dalam memperjuangkan Agama ALLAH ni . ^^ . 



Thursday 23 August 2012

AMALAN...

Assalamualikum w.b.t. Dah agak bersawang dah blog ni.. Sekarang ni agak malas untuk menulis di blog..hurm.. apa-apa pun hari ni paksa diri jugak..hehe :).. Sebelum tu nak la juga ucap "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin" .. "Taqaballah hu mina wa minkum solehul 'amal" .. InsyaAllah..

Macam ni la.. Waktu malam raya hari tu.. dekat rumah Tok..

Baring la sebelah angah selepas penat membasuh pinggan, mangkuk, periuk dan segala apa yang ada dalam sinki.. Tetiba melihat matanya.. merenung matanya dalam-dalam.. Berair.. ntah la sama ada sedih @ gembira.. kadang-kadang angah bunyi "hurmm..hurm.." tak dapat berkata-kata, hanya itu yang mampu anagah suarakan.. Fikiran ku melayang jauh..memikirkan sesuatu.. bukan mengelamun okeyy.... Adakah aku akan bersama angah memasuki Jannah bersama dengan orang yang beriman yang lain??  Atau sebaliknya?? Kita sering cakap 'friend till jannah' dan lain-lain.. Tapi adakah kita bermujahadah @bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya?? Angah InsyaAllah, memang dah confirm dah masuk Syurga.. because.. angah, orangnya istimewa sangat2.. Yang kita ni, adakah sudah mencukupi dengan bekalan yang kita ada sekarang ni?? Terbayang..sewaktu melintasi titian sirat.. tiba2 api neraka menarik kaki kita dan masuklah kita kedalam neraka tersebut..Takutttt.. tak silap, api neraka, 7x ganda api dunia panasnya.. Api yang ada kat dunia ni pon kita x mampu nak tahan.. inikan api neraka.. aduh x tertahan panasnya.. bersertakan link ni, boleh la tengok sikit tentang azab neraka.. 

Peringatan ni untuk diri ini juga dan orang lain untuk kepentingan bersama.. hehe.. semoga amalan kita bertambah bukan berkurang.. InsyaAllah.. ;)