Followers

Sunday 21 December 2014

Di Kau Yang Syahid #Part1

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Ini kisah aku coretkan untuk sahabat aku yang bernama Fatimah Binti Jeffri . Sesiapa yang mengenali beliau dengan lebih rapat belaiu seorang yang sangat ceria dan peramah . Beliau seorang yang sangat baik hatinya , tapi apakan daya . Allah lebih menyayangi beliau . Beliau seorang pemakai purdah pada pengakhiran tahun 2013 . Sungguh aku teruja di saat aku melihat pertama kali kau memakai purdah . Aku berdoa di dalam hati moga kau istiqamah dalam pemakaiaan ini . Inysa-Allah . 

Tapi apakan daya kudrat manusia yang lemah ini pasti menemui  ajal nya tidak kira masa , tempat dan waktu .


17082014 /  Ahad
"Alhamdulillah ummi , team kakcik dapat menang 3game hari ni  :)" - Pesanan ringkas aku pada ummi bagi mengkhabarkan yang kemenangan yang tidak seberapa kerana aku menyertai pertandigan debat antara sekolah-sekolah di International Islamic University Malaysia (IIUM) .

"Alhamdulillah , anakku kalah menang adalah adat perjuangan . Tetapi kita nak menang di atas jalan kebenaran dengan masuk syurga Allah . Fatimah nak kena masuk ICU , jangkitan kuman" - Ummi membalas pesanan ringkas dengan memberi sedikit peringatan dan pengkhabaran yang mengejutkan aku .

Aku sedikit sejuk dan tangan ku menggeletar sedikit disebabkan berita yang aku baru terima itu tidak dihadam dan difahamkan dengan baik oleh otak . 

....................................................................

Aku dapat mengimbangi segala maklumat yang diberikan dengan baik , tetapi aku diamkan . Ummi ada hantar pesanan ringkas yang kuman telah merebak dengan pantas ke bahagian organ-organ penting ; jantung , paru-paru . Dan bp (mngkin tekanan darah) turun . Fatimah juga diberi alat bantuan pernafasan bagi memudahkan beliau bernafas . Beliau yang sebelum itu ditempatkan di wad kenanga ditempatkan ke ICU bagi memudahkan kerja doktor . Saat itu hanya tuhan saja yang tahu betapa negatifnya pemikiran aku . Adakah Fatimah akan masih wujud di esok hari . Istighfar . Astghfirullah . Ya Allah , ajal maut itu semunya perancangan-Mu . 

Aku terimbas kembali disaat bagaimana beliau boleh ditempatkan di hospital ....

Ketika itu baru saja selesai bertadarus bersama keluarga aku di ruangan tamu lebih kurang pukul 6 ke 7 pagi pada 2 Syawal 1435 . Ayah aku membaca pesanan ringkas yang baru saja diterima olehnya . 'Fatimah ditahan di Hosp. Sultanah Bahiyah semenjak 12 malam semalam.' . Allahu , aku yang mendengar tika itu tersentap buat seketika . Aku bertimbang-timbang untuk memberitahu  ataupun tidak khabar itu kepada seluruh kawan-kawan . Akhirnya aku membuat keputusan untuk beritahu kepada Afiqah saja . Itu pun telah aku beri amaran kepada Afiqah agar tidak memberitahu kepada yang lain agar berita ini sahih . 

Dalam beberapa jam selepas itu , senior aku , kak Puteri , mengkhabarkan bahawa memang benar Fatimah di masukkan ke hosp. Sultanah Bahiyah . Aku dengan pantas menggunakan telefon pintar memberikan maklumat kepada seluruh kawan-kawan ku , junior dan guru . 

Pagi itu , perancangan umi dan ayah ingin menghadiri majlis pernikah kak Hidayat sekaligus menziarahi Fatimah di Hosp. Sultanah Bahiyah . Aku tak ikut serta disebabkan aku tidak mengetahui . Hari keempat Fatimah di tempatkan di Hosp. baru aku diberi kesempatan untuk menziarahi beliau . Aku pergi bersama umi . Sungguh saat kaki ku melangkah ke wad yang ditempatkan Fatimah , hatiku semakin berdebar , semakin hampir , semakin laju degupan jantung ini . Tapi aku kuatkan hati dan berdoa kepada-Nya agar Fatimah kuat menghadapi cabaran yang diberi oleh Al-Khaliq .

Tika kaki ku sampai di bilik yang menempatkan Fatimah , aku terkedu . Orang pertama yang aku lihat pada saat itu ada lah , abang beliau , Ali , yang sentiasa menemani Fatimah dari hari pertama beliau dimasukkan sehingga ke akhirnya . Ali memanggil aku untuk masuk melihat Fatimah . Aku ikutkan . Kini aku berada di sisi Fatimah . Pada waktu itu , Doktor sedang mengambil darah dan aku pegang tangan Fatimah . Ya Allah , sejuknya tangan Fatimah . Fatimah memarahi doktor tersebut "Ish sampai hati hampa buat aku macam ni . Nanti la hampa , Allah akan balas balik" . Aku memberi sedekit kata semangat , "Fatimah , sabar sat naah . Fatimah kuatkan kan ? Sabar ye ." Sebaik saja doktor mengambil darah , beliau kembali tenang dengan mengambil posisi yang lebih selesa berbanding tadi .

Ali memulakan perbualan . "Fatimah , kawan timah mai ni . Nampak tak ?" Fatimah menjawab "Nampak..." Sambil tersenyum kearah ku . Aku mula mendekati Fatimah dengan lebih dekat . Ali memberi ruang kepada ku . Ali bertanya kan nama ku . "Kenai Wan Aqilah dak ?" "Kenai la ." Fatimah memberi respond yang bagi aku cukup bermakna . Paling kurang pun beliau masih mengingati aku . Dia menghulurkan tangannya , aku melihat Ali . Ali mengangguk . Aku memegang tangan Fatimah . Ya Allah saat ini betapa runtunnya hati aku melihat Fatimah dalam keadaan yang sedemikian rupa . Bak kata pepatah 'berat mata memandang , berat lagi bahu memikul' . Fatimah pusing menghadap aku . "Hurm , comei , comei , comei ." Fatimah memuji aku sambil tersenyum . Aku tersenyum . Genggaman yang terpaut semakin lama semakin kuat . Sukar untuk dilepaskan . Setelah bersembang itu dan ini , masa untuk aku pulang pun tiba . "Fatimah , kami nak kena balik dah ni . Nanti kita jumpa len nooh ". Sedih . Tangan yang dijabat dilepaskan . Kemudian Fatimah mendepakan kedua-dua tangannya keatas . "Fatimah nak peluk ka ?" - Ali bertanya . Fatimah mengangguk . Aku membongkok sedikit agar dapat aku peluk Fatimah . Sungguh betapa eratnya beliau memeluk aku . Dalam pelukan tu , aku memberi kata-kata peransang buat Fatimah agar kuat dan sentiasa mengingati Allah . Fatimah menangis . Aku tahankan air mata ini dari tumpah . Allahu . Sunggu kau sangat kuat Fatimah mengharungi ujian yang sedemikian . Allah pun ada berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud ; 'Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya .' 

Pelbagai cerita yang aku dengar dari sesiapa yang menziarahi . Gembira , suka , duka , semuanya ada . Hampir 2minggu Fatimah di hosp. ,  pelajar banat ting 4 akedemik dan tahfiz diberi peluang untuk menjaganya secara bergilir bagi membantu keluarga beliau . Moga kalian dirahmati . InsyaAllah . Aku diberi peluang untuk menjaga Fatimah bersama umi , A'ainul dan Hajar . Allah memudahkan sepanjang perjalanan ke hosp. . Sepanjang perjalanan , traffic light always green (acece , speaking plak) . Alhamdulillah . Kami juga boleh menjaga Fatimah secara 4orang sekali gus walaupun telah pengawal beritahu pada keluarga Fatimah bahawa yang boleh menjaganya hanya dua orang sahaja . Tapi , kuasa Allah tiada sesiapa pun dapat menandingi . Semuanya berjalan dengan lancar . Syukur pada-Mu . 

Menjaga orang sakit tidak semudah yang aku fikirkan . Fatimah tidak tidur walaupun malam sudah pun jauh . Sepanjang penjagaannya tidak sukar , cuma yang memenatkannya ialah , aku , Ainul dan Hajar sebagai manusia biasa dan esok nya akan kesekolah pasti inginkan tidur . Kami terpaksa bergilir menjaga Fatimah . Kami bersembang , mengaji , menyanyi , sehinggalah kami tidak tahan akhirnya kami tertidur dan membiarkan Fatimah berjaga seorang . Umi pada waktu itu lebih menumpukan pesakit yang berada di hadapan Fatimah yang semakin nazak . Cuma hanya sesekali saja umi datang melihat kami . Sewaktu kami tertidur itu , umi mengambil alih . Pukul 12 ke 1 pagi , Fatimah mulai menguap dan akhirnya terlelap . 1.15pagi aku terjaga dari tidur dan melihatkan umi sedang membaca surah Al-Fatihah dan al-Insyirah di sisi Fatimah agar lebih tenang .

Apabila umi menyedari aku telah bangun  , umi menyuruh aku menyambung perbuatan nya iaitu membaca surah al-fatihah dan al-insyirah kerana umi ingin membantu pesakit yang berada di hadapan katil Fatimah yang semakin nazak . Bilik itu semakin bising , tapi tahap kebisingan masih boleh dikawal kerana jururawat dan doktor yang bertugas sibuk membantu pesakit tersebut . Pukul 2 ke 3 pagi , pesakit itu menemui penciptanya yakni Allah SWT . Selang beberapa minit kemudian Fatimah tersedar dari tidurnya mugkin tidurnya diganggu disebabkan bunyi bising . Kami bergilir-gilir menjaga Fatimah . Bila aku tidur , Hajar dan Ainul akan menjaganya , bila Hajar tidur , aku dan Ainul menjaganya , begitulah seterusnya . Sebelum azan subuh berkumandang , doktor yang bertugas pada waktu itu memeriksa keadaan Fatimah . Periksa suhu dan tekanan darah . Selesai pemeriksaan kesihatan keatas Fatimah , kami bergilir bagi menyempurnakan tanggungjawab kami sebagai hamba kepada-Nya . Ali muncul ketika aku sedang membasahkan kepala Fatimah . Umi menceritakan semua kejadiaan yang berlaku semalam pada Ali . Ali hanya mengangguk . Kami pulang ke sekolah bagi meneruskan perjalanan kami sebagai seorang pelajar .

Begitulah seterusnya , setiap hari kami bergilir menjaga Fatimah dengan orang yang berbeza-beza mengikut jadual yang telah ditetapkan . 

....................................................................

Aku diberi peluang ke-2 untuk menjaga Fatimah bersama umi . Kini Fatimah dipindahkan ke wad yang hanya menempatkan 4orang didalam satu bilik . Tetapi cabaran yang kali ini agak mencabar . Kalau sewaktu kali pertama aku menjaganya dia sukar tdiur , kali ini dia sukar tidur dan ingin turun dari katil sehingga menyebabkan doktor mengikat kaki dan tangannya . Ada sesekali aku membuka ikatan pada tangan dan kaki Fatimah agar tidak kebas atau kesakitan . Secara jujurnya , perasaan aku tika itu sangat resah . Aku tak tahu kenapa . Tapi hati aku kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan keadaan Fatimah . Hanya omongan hati . Jadi aku biarkan ia berlalu begitu sahaja perasaan itu dengan mengelap tuala basah kepada badan Fatimah . Katanya gatal dan panas . mungkin kesan daripada terapi chemo yang diberikan . Sungguh badan Fatimah panas , Rambut dia pun sedikit sebanyak gugur ; salah satu kesan daripada chemo . 

Apabila subuh menjelma , aku menunaikan kewajipan aku sebagai hamba Allah di surau . Setelah selesai , aku pulang semula ke wad dan kelihatan beberapa orang jururawat sedang memandikan fatimah . Abang fatimah , Ali , datang sesudah jururawat memandikan fatimah . Aku dan umi pun bergegas pulang .

Selepas itu Fatimah ada di pindahkan ke wad yang lain yang menempatkan dia seorang sahaja disitu . Tetapi aku tak berkesempatan menziarahinya selepas itu kerana aku tinggal di asrama . Orang yang telah dijadualkan untuk menjaga Faimah dan keluar bersama kumpulan usrah sahaja dibenarkan keluar . Tambahan pula , minggu tersebut aku dan Fathenah sedang sibuk berlatih debat bersama team Debat Bahasa Melayu untuk mewakili sekolah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) , Gombak .  

Kami pun menuju ke IIUM pada hari yang berikutnya .....

Friday 31 January 2014

.. Datang , datanglah wahai syahid ...

[ce dengar dulu]

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang . Syukur kehadrat ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk diberi lagi kesempatan untuk mengisi belog yang sudah bersawang yang tak terkira . Actually , bukan x dak benda nak post tapi disebabkan ada kekangan masa and diri ini merupakan salah satu faktor menyebabkan belog ini tergendala seketika .

Back to nasyid di atas . Korang dengar dan faham kan ? 

Sumpah ! Aku rindu seseoang tapi aku  leh nak explain . Yang ada dalam bayangan hanyalah seseorang yang mempunyai jasad tapi tak diketahui wajahnya . Peliknya ~  Aku rindu seseorang . *acece* bukan rindu kekasih kepada pasangannya . Ini rindu lain lah . Hurm .. Nak kata aku rindu Rasulullah , x menepati jawapan hati aku . Sapa ek yang aku rindu tu ?

Mungkin la , aku rindu Mujahid kot . Ops , para Mujahid okey . Para mujahid yang syahid kerana membela dan menengakkan agama Islam , agama Allah . Sumpah ! Aku jealous gila dengan As-Syahid Ammar yang meniggal accident di Turkey hari tu . Aku pon nak mati syahid jugak . Tapi persoalannya adakah aku berpeluang untuk mati syahid sama seperti mana As-Syahid Imam Hasan Al-Banna yang bersusah payah menegakkan risalah nabi . Berpeluangkah aku untuk mati syahid seperti mana As-Syahid wanita pertama di dunia iaitu Sumaiyah yang disula oleh Kaum Kafir Quraisyh ?

Amalan dan perbuatan aku bukanlah hebat mana sangat pon . Biasa je . Nak kata biasa pon x tentu lagi , sebab dosa dengan Allah dan masyarakat sekeliling masih banyak lagi . Ya Allah , ampunilah aku dan seluruh dosa ummat muslim yang wujud di dunia yang fana ini . 

Sungguh ! Bila mana aku terdengar akan nasyid bintang syurga ni , keinginan aku untuk mati syahid lagi membuak- buak dan terasa terharu . Dan aku mengucapkan ribuan teima kasih yang tak terhingga kepada saudara Raqib dan kumpulan UNIC kerana telah membuat nasyid yang sebegini . 

Melihatkan zaman sekarang yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang x henti- henti kunjung menyebabkn aku terfikir lama dan panjang . Aku ada sembang dengan roomate aku , cerita pasal orang mati syahid . Yang sekarang ni tengah panas diperceritakan tentang sekumpulan pelajar perempuan yang ingin mati syahid di Yan, Kedah  di ceritakan dalam bentuk filem . Tak pasti . Aku pun tak pasti . Aku rasa sayu bila aku dengar cerita tentang tanda-tanda pelajar2 tu akan mati syahid dari roommate aku . Bulu roma aku menegak kot ! 

Aku punya perasaan ? Aku punya perasaan sekarang adalah kecenderungan untuk dapatkan syahid tu . Aku dah tak hiraukan pasal cintan - cintun ni . Kalau jodoh aku sampai , solat istikharah dan terima . Kalau jodoh aku x dak , aku nak fokuskan kepada matlamat aku yang satu ni . MATI SYAHID . 

Ya Allah , engkau Maha Pengasih lagi Maha Pemurah . Kau bantu lah diri ini untuk mati syahid seperti mana engkau telah berikan mati syahid kepada orang yang di beri peluang untuk mati syahid . Aku pon ingin merasi bagaimana manis nya mati syahid tu sendiri . Ameen .

Korang tahu kan macam mana syahid Ammar yang meninggal di Turkey tu kan ? Kalu tahu , Alhamdulillah . Kalu x tahu lagi cuba search di Google . Simple je cara dia meniggal . Ya Allah , sungguh mulianya beliau . Betullah apa yang difirmankan Allah di dalam kitab nya Al-Quran . Orang yang mati syahid itu sebenarnya tidak mati . Cubalah tengok , nama nya sentiasa disebut walaupun Ammar bukanlah orang yang dikenali oleh ramai orang . Tapi , Allah dah mengangkat darjat nya . Ini baru dunia. Kita x tahu lagi di akhirat kelak . Owh , cemburunya aku . 

Korang !! Jom mati syahid bersama dalam memperjuangkan Agama ALLAH ni . ^^ .